• haurahhafizzah 12w

    ABC

    Aku tidak tahu untuk apa rasa ini. Aku tidak mengerti tiap bait aksara yang tertera. Hingga kau sapa dengan kata-kata indah. Huruf demi huruf tersusun rapi melakar senyum di bibir ini. Buat aku terbuai pada bahasa cinta. Aku yang dari tidak mengerti apa itu bahasa jadi mahu menyelami kenikmatan kenyataannya yang pernah buat aku bahagia--dan akhirnya bahasa ini juga yang telah merobek jantung ku sendiri. Andai saja tidak pernah aku mengerti pada tiap abjad yang kau beri hingga bersungguh aku terokai, pasti aku tidak sesakit ini.

    ©haurahhafizzah