• akhmalazman 6w

    HATI YANG TERSAKITI

    Puas aku mencuba mencari ruang untuk bernafas

    Puas aku mencuba mencari ruang untuk melepaskan lelah

    Namun, hati yang tersakiti ini tidak mungkin hilang dengan mudah

    Puas aku menangis melepaskan lelah yang tersimpan di dalam dada

    Puas aku menangis melepaskan sesak yang bersarang di lubuk hati

    Dan

    Puas juga aku menangis melepaskan sakit yang tidak ada ubatnya

    Namun hati yang tersakiti ini tidak mungkin lenyap sekelip mata

    Terkadang aku cuba untuk tersenyum mengubat hati yang luka

    Terkadang aku cuba untuk ketawa demi menceriakan jiwa yang lara

    Mungkin emosi luaranku tampak ceria

    Namun hati yang tersakiti kian berdarah tanpa ku pinta

    Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mengundur diri

    Mencari arah yang mampu mengubat sekeping hati

    Mencari jalan yang mampu membantu merawat hati yang tersakiti

    Dan

    Yang mampu memberikan sinar untuk diri yang tidak kenal siapa ini

    Moga ada sinar yang akan menerangi

    Moga ada jiwa yang akan kembali ceria

    Dan

    Moga hati ini akan berdenyut nadi seperti biasa

    Selamat jalan wahai hati yang tersakiti

    Kenangan indah bersama mu akan sentiasa tersemat di sanubari

    Terima kasih kerana mengajar ku erti sebuah kehidupan

    Erti sebuah penyeksaan

    Erti sebuah penantian

    Dan

    Erti sebuah kesabaran
    ©akhmalazman